Saturday 9 July 2011

Keperibadian Mulia....

Membentuk keperibadian mulia adalah sesuatu perkara yang amat senang dilakukan……… Caranya dengan melakukan apa yang patut dilakukan dan apa yang tidak patut dilakukan…… Pendek kata terapkan unsur nilai MORAL dalam diri… Tapi kadang-kadang amat sukar untuk kita lakukan…… Hal ini kerana setiap orang tidak sedia untuk mempraktikkannya dengan secara konsisten……..

Zaman remaja adalah zaman di mana kita berada dalam proses membentuk sahsiah diri atau keperibadian mulia atau dikenali sebagai kekeliruan identity (Identity Confusion) ……… Zaman ini lah zaman kita akan mempraktikkan semua yang telah ajaran yang telah diteorikan dalam keluarga kepada kita semasa di zaman kanak-kanak…….. Kita sebagai remaja akan memilih jalan itu sendiri sama ada baik atau buruk………  Terdapat tiga dimensi untuk mempraktikkan keperibadian mulia iaitu PEMIKIRAN,, PERLAKUAN,, dan PERASAAN…….. Dimensi ini membantu remaja untuk berfikiran positif dalam membentuk perwatakan……….

PEMIKIRAN
Pemikiran dalam aspek keperibadian mulia adalah keupayaan seseorang individu dalam membuat pertimbangan atau fikiran secara rasional dan bebas…….. Ini bermaksud sebelum kita melakukan sesuatu yang melibatkan unsur moral,,, kita kena fikir sama ada hal itu bagus atau tidak iaitu dengan cara memikirkan "apakah kebaikannya bila kita melakukan sesuatu itu",,, dan "adakah ia akan membei faedah kepada saya dan orang lain….(maksudnya fikirkan tentang diri sendiri dan persekitaran).... Dan bila kita fikir sesuatu itu adalah positif dan kita akan membuat pertimbangan akan tindakan kita secara positif….

PERLAKUAN
Perlakuan melibatkan tingkahlaku dan tindakan individu terhadap sesuatu keputusan moral yang ditunjukkan dengan penuh tanggungjawab,,, tetapi mengikut kemampuannya……. Ini bermakna setelah kita memikirkan sesuatu perlakuan itu ada positif,,, secara automatiknya perlakuan kita akan menjadi positif.. Hal ini kerana pemikiran kita itu telah membuat pertimbangan terhadap tindakan kita dengan menerapkan unsur perasaan moral……

PERASAAN
Perasaan adalah emosi atau kehalusan perasaan individu yang mengandungi unsur moral seperti empati,, simpati,, bermotivasi,,, murah hati dan sebagainya iaitu perasaan dalaman seseorang individu.... Bila individu itu mendalami perasaan dalamannya,, perasaan itu akan sentiasa aktif di dalam diri kita dan ia membolehkan kita untuk mendalami pemikiran kita secara rasional.... Perasaan moral juga adalah merupakan kunci utama kita untuk mempraktikkan keperibadian mulia……..  Ini kerana perasaan inilah yang menjadi asas yang telah diteorikan kepada kita sejak dari kecil melalui agama,, budaya,, dan adat (domestik kekeluargaan)



Secara keseluruhannya,,,,
PERASAAN  positif yang mempunyai kesedaran hati nurani akan membolehkan kita FIKIR positif dan automatic MELAKUKAN tindakan yang positif………. Hasilnya INSAN BERAKHLAK MULIA….


PERASAAN + PEMIKIRAN + PELAKUAN =INSAN BERAKHLAK MULIA
Dimensi Moral


"it is good to be good but hard to be good, but always try to be good because it pays a lot…... <(^_*)>”

Dari kita jak ba tue.....


No comments:

Post a Comment