Saturday 2 July 2011

Suasana Di Taman Tasik Shah Alam

Taman Tasik Shah Alam sebuah taman yang sentiasa dipenuhi oleh orang ramai pada waktu petang. Khususnya pada setiap Ahad tempat ini menjadi tumpuan masyarakat Shah Alam untuk mengisi masa lapang mereka. Dengan tasik yang besar dan landskapnya yang indah dan menghijau membuatkan tempat ini menjadi tumpuan. 

Selepas saja bunyi azan solat Asar,, tempat ini mula dipenuhi orang ramai sedikit demi sedikit. Bagi mereka yang berkeluarga,, disinilah tempat mereka untuk meluangkan masa dengan anak-anak mereka di taman permainan. Apabila melihat gelagat anak-anak kecil bermain, ia menjadi suasana yang harmoni.. Melihat anak-anak berkejaran,, berteriakan,, dan bergembira menikmati petang itu.. Suasana sungguh menghiburkan..



Di samping itu,, ada juga segolongan tua dan muda,, besar dan kecil yang meluangkan masa petang mereka di taman tasik ini dengan bersenam,, berjoging,, berjalan,, berlari mengelilingi tasik yang panjang.. Di sepanjang tepi tasik itu orang ramai duduk bersantai bersama pasangan dan kawan-kawan mereka...... Meluangkan masa bersama-sama pada petang itu.....

Bersantai di tepi tasik


Di tengah-tengah itu juga dihiasi dengan bangau-bangau yang berterbangan dari pokok ke pokok untuk mencari santapan untuk keluarganya Selain itu,, segolongan muda-mudi yang berkayak turut menghiasi pandangan d tengah tasik itu... berkayak ke hulu ke hilir mengelilingi taman tasik itu.. suasana sungguh syok untuk dilihat pada setiap petang itu...
Gambar ini terletak di tengah-tengah tasik yang menjadi habitat kepada bangau
Orang sedang berkayak


Di Taman Tasik Shah Alam juga ada Akuarium.. Di tempat inilah menjadi tumpuan mereka-mereka yang ingin melihat ikan yang banyak-banyak.... Ikan kecil ikan besar dan ikan untuk jual pun ada.... Dalam akuarium ni juga ada Mini Akuarium..... Banyak ikan-ikan besar termasuk labi-labi dan ikan pari di dalam Mini Akuarium ini....







Mini Akuarium
Burung Merak








Wet World pun ada.. Bagi mereka yang ingin untuk bermandi-manda bersama keluarga atau kawan-kawan,, di sinilah tempat dia.......












Dengan kedudukannya yang strategik dan landskapnya yang menarik yang pelbagai ini telah menarik minat ramai orang untuk ke sini.... Suasana keindahan menghijau di taman tasik ini menjadi subjek kepada orang ramai untuk ke sini..... Banyak juga aktiviti-aktiviti yang dijalankan di taman tasik ini yang memberi kesan positif kepada orang ramai.. Itulah keindahan yang ada di Taman Tasik Shah Alam.... Sebuah tempat yang sesuai bagi semua orang untuk memberi senaman fizikal dan mental.... Disamping itu juga,, taman tasik ini satu tempat untuk mengeratkan hubungan ibubapa yang sibuk berkerja dengan anak...... Disinilah menghabiskan masa untuk anak-anak mereka...... TAMAN TASIK SHAH ALAM....









3 comments:

  1. cam best nie...i pon nk g sana gak...boleh cuci-cuci mata..hehe

    ReplyDelete
  2. heheheheee.... cuci-cuci mata la.... sume ada d sna... yg besar yang kicik pun ada.... hahahaaaa....

    ReplyDelete
  3. ape yg besar..n ape yg kecik..? tolong beri penjelasan dengan lebih mendalam..harap maklum.(-.-)..

    ReplyDelete